Sekadar Perkongsian Status ASN dan ASB

Posted by ustaz eds Wednesday, November 30, 2011, under | 1 comments

Sekadar berkongsi dengan teman2 yang masih mempunyai akaun ASN atau pun ASB. Sebaiknya kita tutup la akaun tersebut kerana terdapat kemusykilan dalam pelaburan ASN dan ASB tersebut. Ini berdasarkan keputusan Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor tentang ketidakhalalan ASN dan ASB.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
1.Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham ...Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
2.Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
3.Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

LEMBU DAN ANJING.....

Posted by ustaz eds Sunday, November 20, 2011, under | 1 comments

LEMBU: Hai anjing, apa Khabar? Macam ada yang tak kena saja?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?
... ...
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!!!".

LEMBU: Ya, lah. kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba "AWEK" dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak......

ANJING: Wah.. ayat kau memang power la... manusia kena ubah pepatah "PANDAI MACAM LEMBU".....

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

ANTARA ORI DAN TIRUAN......

Posted by ustaz eds Friday, November 4, 2011, under | 2 comments

Benarlah firman Allah S W T dalam al-Quran yang bermaksud Demi sesungguhnya telah KAMI ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian. Setiap kali membawa bapa mertua Teman pergi ke pusat hemodialisis untuk mencuci buah pinggangnya, setiap itu juga terdetik di hati ini, betapa hebatnya ciptaan Allah penguasa alam ini.

Bayangkan, mesin dialisis yang Allah ciptakan tersangatlah hebatnya, kecil dan boleh dibawa kemana-mana sedangkan mesin dialisis ciptaan manusia pula bersifat statik, dan serabut dengan berbagai wayar...pendekata, kita pon tak reti nak memasangnya. Syukur sangat kepada Allah yang mengurniakan segalanya buat kita...

Buah pinggang dicipta Allah dalam tubuh manusia adalah contoh teknologi membran terunggul dan gabungan ilmu bioteknologi dan nanoteknologi yang mungkin selamanya tidak dapat dicipta manusia,

Dua buah pinggang dalam badan manusia yang berukuran 11 sentimeter dan berat lebih kurang 160 gram setiap satu, adalah contoh proses membran yang saban hari membantu manusia memisahkan yang kotor daripada yang bersih.

Kegagalan buah pinggang menjalankan fungsinya itu akan menyebabkan terkumpulnya bahan buangan dan bendalir berlebihan serta membahayakan.

Dua buah pinggang kita berfungsi mengumpul air kencing dan membuangnya melalui saluran kencing, mengawal keseimbangan asid-bes dalam darah, mengawal tekanan darah dengan menghasilkan hormon yang mengawal pengeluaran sel darah dalam sum-sum tulang dan mempengaruhi jumlah kalsium dalam darah dan pengeluaran vitamin D yang membantu mengekalkan kestabilan tulang

Unit utama dalam buah pinggang ialah nefron di mana melalui nefron inilah berlakunya penurasan darah yang membantu buah pinggang berfungsi.

Beliau menarik perhatian bahawa kegagalan buah pinggang telah membantu manusia mencari proses penurasan alternatif yang boleh membantu mereka yang kurang bernasib baik yang mengalami kegagalan itu.

Maka terhasillah proses hemodialisis iaitu darah dikitarkan keluar dari badan melalui unit membran yang mengeluarkan bahan buangan dan bendalir berlebihan.

Darah yang telah dicuci akan dikembalikan ke dalam badan dan keseluruhan proses dikawal oleh mesin dialisis yang dilengkapkan dengan pam darah dan sistem pemonitoran untuk memastikan ia selamat.

Membran dalam bentuk gentian geronggang adalah nadi kepada sistem pengawalan buah pinggang ini. Ia menjadi pengganti kepada buah pinggang yang telah rosak untuk mengekalkan keseimbangan dalam darah dan membuang toksin daripada merosakkan tubuh manusia

Betapa membran ciptaan manusia mempunyai banyak kelemahannya. Antara kelemahan yang jauh masih ketara dibandingkan dengan buah pinggang adalah jangka hayat membran hanya untuk dua-tiga kali pemakaian dan perlu dibuang.

Ini menjadikan kos dialisis agak mahal sehingga mencecah RM2,000-RM2,500 sebulan.

Kecekapan membran dibandingkan dengan buah pinggang masih rendah di mana setiap pesakit menjalani dialisis memerlukan tiga-empat jam sehari dan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Ternyata banyak yang perlu dipelajari mengenai pelbagai fenomena alam yang ilmu mengenainya hanya sedikit diperolehi manusia sebagaimana firman Allah swt dalam surat Al-Isra ayat ke-85 iaitu ‘Dan tidaklah kamu diberi ilmu pengetahuan kecuali sedikit
Marilah, sama-sama kita menjaga kurniaan Allah yang hebat ini dengan penuh rasa syukur. Bayangkan, berapa ramai yang telah kehilangan nikmat ini, hingga terpaksa menjalani hemodialisis untuk meneruskan kelangsungankan hayat mereka. Syukur ya ALLAh...

LABBAIKALLAH ......

Posted by ustaz eds Thursday, October 20, 2011, under | 0 comments

Musim haji 2011 makin menuju kemuncaknya....ramai yang mendapat panggilan ke Tanah Suci Makkah sudah pun berangkat..Tahun ni, Teman belom lagi mendapat panggilan Tuhan untuk menjadi TetamuNYA menunaikan rukun Islam kelima. Kalau ikut perkiraan Tabung Haji semasa daftar pada tahun 2008 dulu, giliran Teman, isteri dan mertua pada tahun 2018...apapun, biarlah awal sikit dari tarikh tu...mudah-mudahan...

Nak jadi ceritanya, baru-baru ni dapat panggilan dari Tabung Haji yang mengesahkan Mak mertua dan Bapa mertua Teman dapat pergi...kelam kabut jadinya..depa dua orang ja yang dapat pergi, manakala Teman dan Isteri tak dapat. Bapa mertua Teman kena tolak sebab dia mengidap penyakit buah pinggang dan kena dialisis. Jadi yang akan perginya mak mertua Teman sorang lah...

Dalam masa yang singkat inilah, macam-macam perkara yang nak dibuat...passportnye,pemeriksaan kesihatan, pengesahan itu, pengesahan ini, nak beli barang lagi...dan dalam nak melaksanakan semua itu pon dah diuji,, biasanye dalam dua-tiga jam dah siap, line pulak down hingga kena tunda..pemeriksaan kesihatan pun, lepas satu klinik kesatu klinik sebab ubat suntikan habis..dan macam-macam lagi la....semuanya memerlukan kesabaran..

Kepada semua Tetamu Allah, yang akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada tahun 2011 ini...semoga diberi kemudahan, kesihatan, keselamatan dan dapat melasanakan ibadat haji sesempurna mungkin. Ingatlah..dalam kepayahan kita menunaikan perintah Allah ini, ada hikmah yang tak ternilai buat diri kita...moga mendapat haji yang mabrur...

Kepada yang belum mendaftar dan belum terbuka hati mendaftar...banyak2 lah berdoa moga dibukakan pintu hidayah buat kita untuk segera menunaikan rukun Islam yang kelima itu...

Separuh rakyat Malaysia keturunan penzina?

Posted by ustaz eds Sunday, October 16, 2011, under | 2 comments

Terbaca satu artikel....terkedu seketika memikirkan persoalan yang diutarakan...getir sangatkah gejala sosial dalam negara kita ini. Jom kita sama sama fikir dan kaji permasalahan ini...

Agaknya tidak ramai yang membaca pendedahan fakta amat memalukan berhubung tahap kebobrokan akhlak remaja kini oleh media massa saban hari.

Mungkin juga di kalangan yang terbaca paparan itu pula tidak lagi menganggapnya suatu yang besar atau mengejutkan.Justeru, tidak ada yang peduli jika pun isu sebegitu serius tidak diperpanjangkan perbincangannya.

Laporan dimaksudkan itu mendakwa setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan seks luar nikah. Disebutkan antara faktor utama mendorong perbuatan sundal itu ialah perasaan ingin mencuba, terutama sebagai akibat langsung daripada menonton video lucah.

Namun fakta lebih mendukacitakan ialah apabila dikatakan kebanyakan remaja terbabit adalah lulusan universiti, tidak terkecuali yang memiliki PhD. Ertinya, ia bukan hanya dilakukan kalangan remaja liar dan tidak berpelajaran, tetapi turut melibatkan mereka yang memiliki pencapaian akademik agak memuaskan.

Laporan itu memetik hasil Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010. Ia melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak, terdiri daripada 2,457 orang atau 49 peratus remaja lelaki, manakala 2,559 atau 51 peratus responden adalah perempuan.

Di antara dapatan kajian itu, seramai 2,260 responden mengakui terbabit seks bebas. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah.

“Berdasarkan kaji selidik itu juga, sebanyak 52 peratus (2,608) menyatakan rakan mereka melakukan seks sebelum berkahwin dan 76 peratus (3,812) lagi mempunyai rakan pernah menonton video serta memiliki bahan lucah,” laporan itu memetik kata Ketua Pegawai Operasi IPPBM, Zakariah Md Sam.

Sangat membimbangkan kita apabila masyarakat seakan tidak lagi sensitif dengan fakta amat menggerunkan mengenai tahap kebobrokan akhlak remaja kini. Lontaran fakta itu tidak disambut mana-mana media.

Bahkan tabloid yang bertanggungjawab mendedahkannya pun mengambil sikap sekadar melaporkan, seolah-olah hanya untuk mengisi tiga suku mukasuratnya untuk hari itu sahaja. Sedangkan ia diletakkan di bawah kategori laporan ‘EKSKLUSIF’, yang pada kebiasaannya mengundang pelbagai reaksi dan ulasan.

Namun dalam kes ini tiada laporan atau tinjauan susulan dibuat tabloid itu sendiri. Tiada pihak, sama ada aktivis sosial atau warga prihatin yang disorot pandangan dan reaksi mereka. Tidak sepertimana ghairahnya media arus perdana memanjangkan isu filem dan drama tema hantu dan seram yang didakwa berunsur tahyul dan tidak mendidik masyarakat.

Media juga di masa sama masih berselera menghidupkan isu hudud. Atas sebab sangat nyata, ia bermaksud mencari keuntungan politik buat parti pemerintah dan di masa sama menjerumuskan parti-parti pembangkang ke kancah pertikaian lebih buruk.

Namun secebis fakta mengenai akhlak remaja kita itu, walau pun tidak begitu menarik minat masyarakat (atau sebenarnya sengaja tidak mahu diperpanjangkan media arus perdana?), sebenarnya turut mempunyai hubungkait dengan isu hudud yang digemariuhkan itu.

Lebih-lebih lagi jika kita melihat hukum hudud dan lain-lain cabang hukum Islam itu sebagai salah satu mekanisme dikemukakan Islam untuk menyedar dan mendidik masyarakat dalam ertikata yang lebih luas dan menyeluruh. Bukankah itu yang dapat kita fahami dari firman Allah dan sabda Junjungan s.a.w. tatkala menghuraikan fungsi dan maksud hukum-hukum syariat?

Justeru, amat kena pada masa tatkala khalayak penguasan politik sedang ghairah memperkecil dan memperlekeh usaha mendaulatkan hukum Islam, tiba-tiba fakta kesumbangan akhlak remaja tadi didedahkan.

Sebabnya, pendedahan itu juga menyeret pertikaian terhadap tahap kecemerlangan dan keberkesanan sistem pendidikan negara. Bahawa ia hanya mampu melahirkan insan yang cemerlang akademik, tetapi sangat bobrok akhlak dan jelik keperibadian mereka.

Apa tidaknya apabila kajian tadi mengesahkan 76 peratus daripada yang mengakui terlibat dengan gejala memalukan itu adalah pemegang ijazah, diploma serta PhD?

Justeru, memang tepat sergahan dilontarkan Zakariah, “… jadi bila mereka ini sudah terbabit dengan isu moral, bagaimana golongan ini mampu dijadikan teladan kepada belia lain yang memandang tinggi status mereka sebagai orang yang berpendidikan tinggi”.

Kebetulan pula laporan itu diterbitkan pada hari sama Perdana Menteri membuat kenyataan mendakwa sistem pendidikan negara kita adalah yang terbaik, malah lebih baik daripada sistem diamalkan beberapa negara maju.

Sudah tentu dengan terdedahnya dapatan kajian tadi, dakwaan Dato’ Seri Najib Razak itu dengan sendirinya layak dipersoalkan. Kajian IPPBM itu tidak menyokong dakwaan beliau itu. Apakah kita tergamak berbangga dan mendakwa sistem pendidikan kita terbaik sekiranya separuh produk dihasilkannya terbabit seks bebas?

Apa gunanya mereka berjaya dan cerdik tetapi tidak tahu di mana letaknya dosa-pahala? Berbanggakah kita dapat menghasilkan ramai cerdik-pandai atau anak-cucu yang sangat cemerlang akademik mereka, sedangkan di masa sama mereka amat bobrok akhlak dan tingkahlaku?

Tidak dinafikan sistem pendidikan sedia ada telah berjaya menghasilkan ramai cerdik pandai, cendikiawan pelbagai bidang dan jurusan. Kita tidak kurang peguam dan pakar undang-undang, tetapi tidak sedikit antara mereka menggunakan pengetahuan luas dalam perundangan untuk memutarbelit fakta dan menukar harta orang menjadi miliknya.

Kita berbangga memiliki ramai anak bangsa bergelar doktor, tetapi antara mereka juga ada yang aktif merosakkan generasi muda dengan sindiket penjualan ubat batuk dan seumpamanya.

Apa guna kita ada pakar sejarah, tetapi cenderung memberikan gambaran positif dan memuji kaum penjajah? Apa guna kita ada penggiat ekonomi yang dianggap berjaya dan kononnya membanggakan kaum bimputera, sedangkan hampir setiap langkah mereka menyempurnakan kerja diiringi ‘duit kopi’ atau ‘tumbuk rusuk’?

Pernah disiarkan media sebelum ini mengenai tinjauan terhadap sikap penuntut universiti tempatan berhubung isu rasuah. Bayangkan antara mereka secara terus terang mengakui tidak ada masalah untuk melakukan perbuatan merosakkan itu sekiranya keadaan menghendaki mereka berbuat demikian.

Tinjauan juga pernah dibuat di kalangan penuntut perempuan nmengenai kemungkinan mendapat pasangan lelaki berusia. Sebahagian tidak sedikit antara mereka menyatakan tidak kisah bersuamikan orang tua, asalkan orang itu kaya dan dapat menjamin keperluan kewangan mereka.

Dua kes ini menunjukkan fokus pemikiran penuntut universiti kita sudah terarah kepada mencari dan menjamin kepentingan kebendaan. Soal moral dan nilai positif masyarakat nampaknya sudah tiada dalam perkiraan mereka.

Itu belum lagi kita sebut soal adab sopan dalam tuturkata dan perlakuan mereka, terutama di khalayak awam. Tidak ada rasa hormat terhadap orang tua, bercakap lucah dan kotor. Berkelakuan tidak senonoh, berpakaian macam orang tidak bertamadun dan berbagai lagi perlakuan memualkan.

Lebih teruk lagi, mereka bukan sahaja biadab terhadap sesama manusia, malah tidak kesah untuk berlaku biadab terhadap suruhan dan larangan Tuhan. Apatah lagi mereka membesar dalam suasana sekalian pembesar dan orang terhormat dalam masyarakat bercakap mempertikaikan kewibawaan hukum Tuhan. Segenap saluran media massa pula memberikan gambaran positif terhadap kenyataan dan pendirian sedemikian.

Sebagai kelompok yang banyak membuat keputusan dalam hidup berpandukan perkiraan logik akal, golongan remaja ini terdorong berfikir lebih jauh. Terlintas di fikiran mereka, jika para pemimpin yang berkuasa mengatakan hukum Islam yang datang dari Tuhan itu tidak sesuai dilaksanakan di zaman ini, bermakna Tuhan yang menciptakan hukum itu juga tidak sesuai disembah dan diagungkan.

Lebih meyakinkan lagi mereka ini apabila kenyataan para pemimpin yang kurang asas ilmu agama itu diperakui atau tidak langsung dibantah oleh sebilangan para ulama dan mereka yang dikenali sebagai cendikiawan Islam.

Lalu mereka ini membesar dan membentuk kematangan hidup dalam suasana tidak ada keyakinan terhadap hukum dan peraturan Tuhan. Apabila keagungan hukum suci itu pun sudah tidak dipahat di hati, maka apatah lagi hukum dan undang-undang ciptaan manusia?

Logiknya, jika hukum Tuhan pun mereka tidak rasa apa-apa untuk permainkan, maka apakah kita boleh harap mereka akan merasa gerun dan takut untuk melanggar hukum dan undang-undang manusia? Akibatnya, mereka tidak akan takut untuk rasuah, salahguna kuasa, menyeleweng wang syarikat atau pejabat, menipu dalam perniagaan dan berbagai perbuatan tidak bermoral.

Isu ini sebenanya sangat berkait rapat dengan agenda pembinaan generasi masa depan negara. Kita yang telah dewasa kini tidak akan mampu menongkat langit. Kita semakin menua dan dimamah usia. Kanak-kanak dan remaja hari ini lah bakal mengambil alih segala aktiviti penghidupan. Mereka lah yang akan mengisi segenap tahap penggerak masyarakat, bermula daripada pengikut dan pencacai bawahan sehingga ke pemimpin atasan.

Maka apakah dengan keperibadian remaja yang ada kini segala kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi hari ini mampu dikekalkan hingga ke masa depan? Lebih membimbangkan lagi, apakah peribadi-peribadi yang berkemungkinan bakal mengambilalih kepimpinan masyarakat sebegitu dapat kita harapkan untuk menjaga agama di masa depan?

Timbunan kes-kes salah laku sosial, jenayah berat dan keganasan seksual membabitkan remaja yang terhidang di media saban hari kebelakangan sebenarnya mengisyaratkan hakikat amat menakutkan tentang masa depan negara.

Sepertimana digambarkan hasil kajian IPPBM tadi, jika kecenderungan itu dibiarkan berterusan dan peratusan mereka yang terlibat dengan seks bebas di kalangan generasi akan datang kekal melebihi 50 peratus, maka dapat kita congak apa hakikat yang bakal dihadapi negara kita 30 atau 40 tahun nanti.

Tatkala para remaja yang separuh mereka terdiri daripada bekasan penzina ini menjadi warga paling tua dalam masyarakat, dan tabiat buruk mereka turut sama dilalui ibubapa segenap lapisan umur selepas mereka, maka sudah tentu ketika itu kesemua yang bergelar anak atau cucu kepada mereka adalah beribubapa atau berdatuk-nenekkkan manusia yang ada rekod akviti seks luar nikah.

Alangkah malunya muka dan walangnya hati apabila dikatakan pada ketika itu separuh daripada jumlah rakyat Malaysia adalah dari keturunan bekas penzina! Mohon dijauhkan Allah dari hakikat itu.

Justeru, mengapa tidak kita beri peluang kepada hukum Islam memperbetulkan keadaan dan menyelamatkan negara dari kemungkinan menakutkan itu?

HUKUM MEMAKAI PERFUMES BERALKOHOL....

Posted by ustaz eds Wednesday, October 12, 2011, under | 0 comments

Selalu jugak pelajar aku tanyakan berkenaan hal ini... apakah hukum memakai minyak wangi atau perfume yang mengandungi alkohol.Tambahan sekarang ni, banyak sekali perfume atau minyak wangi, sabun, shampoo dan sebagainya yang mengandungi alkohol...jadi aku paste kan kembali berkenaan hal ini...

Perkara ini merupakan salah satu daripada masalah baru yang begitu hangat dibincangkan. Mungkin agak sukar kita menemui perkara ini di dalam kitab-kitab fikah klasik.

Berhadapan dengan masalah baru begini, para ulamak semasa hendaklah berijtihad untuk menentukan hukumnya. Begitu juga dengan masalah yang memang biasa berlaku dahulu, telah dikeluarkan hukumnya, dan telah juga diamalkan oleh umat Islam. Namun, oleh kerana pengetahuan manusia tentang sains dari masa ke semasa berkembang, maka ia bisa berubah seiring dengan perkembangan ilmu manusia. Dahulu satu-satu masalah itu, boleh jadi hukumnya haram kerana pengetahuan manusia ketika itu tidak dapat menyingkap hakikatnya. Namun sekarang ini oleh kerana ilmu mereka bertambah tentang sesuatu, dan dapat menyingkap hakikatnya, maka ia bertukar menjadi halal.

Seperti masalah alkohol di dalam perfume, boleh jadi ulamak dahulu menghukumkannya sebagai haram kerana pengetahuan ketika itu tidak dapat menyingkap hakikat alkohol. Bagaimana ia terjadi, prosesnya bagaimana, apakah ia sama dengan alkohol yang terdapat pada khamar.. Dan seterusnya. Kita yakin, seandainya ulamak dahulu tahu sebagaimana yang orang sekarang tahu, sudah tentu mereka juga akan berfatwa seperti ulamak-ulamak hari ini fatwakan.

Ulamak-ulamak dahulu menfatwakan alkohol yang terdapat pada perfume adalah najis, sebagaimana najisnya khamar/arak. Manakala ulamak-ulamak sekarang mengatakan sebagai suci tidak najis. Masing-masing berijtihad berdasarkan hasil kajian yang mereka perolehi.

Bagaimana.. Dahulu kata najis. Sekarang ini boleh jadi suci pula?
Bagaimana hukum itu boleh berubah? Itulah dia yang dinamakan fikah. Ia berkembang, tidak statis. Ia menunjukkan keluasan feqh islami. Ia adalah bukti keadilan hukum Allah. Betapa, hukum Islam ini sesuai untuk setiap zaman dan keadaan. Feqh Islami sejak dahulu lagi sememangnya telah siap sedia berhadapan dengan sains modern hari ini. Malah sains yang bakal
mendatang.

Umar r.a. menegaskan: "Perbezaan hukum ijtihadi adalah disebabkan perbezaan lingkungan/persekitaran dan daerah."

Kata Mahmasani di dalam Falsafah al-Tasyri' Fil Islam: "Oleh kerana kepentingan mutlak yang menjadi dasar dari segala hukum, sebagaimana telah kami jelaskan sebelumnya, maka hukum mestilah berubah sesuai dengan perubahan zaman dan perubahan lingkungan masyarakat, Benarlah Ibnu al-Qaiyim ketika dia mengatakan bahawa fatwa berubah dan berbeza sesuai dengan perubahan zaman, tempat, situasi, niat dan adat kebiasaan."

Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan bahawa mujtahid yang berijtihad, jika betul, dia akan memperoleh dua pahala. Jika salah, dia akan memperoleh satu pahala (HR Bukhari & Muslim). Konsep ijtihad inilah yang dapat mencairkan kebekuan/kejumudan, sehingga ia boleh mengalir ke mana-mana sudut tanpa halangan.

Feqh Islam tidak hanya bergayut-gayut di teks-teks syarak yang tidak banyak jumlahnya. Bayangkan, ayat-ayat al-Quran cuma berapa ayat sahaja.. Cuba bandingkan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia. Hatta jika kita tambah dengan teks-teks hadis, ia tidak mungkin juga mampu menampung keperluan masalah manusia yang semakin hari semakin bertambah.

Agama-agama lain sudah lama tewas. Ideologi-ideologi modern pula, dapat kita saksikan di depan mata kita sendiri.. Satu demi satu tumbang. Yang tinggal.. Yang unggul. Yang tiada duanya, hanyalah syariat Islam.

Senjata ampuh syariat Islam ialah al-Quran dan al-Hadis. Sekalipun al-Quran dan al-Hadis tidak menyebut segala-gala secara terperinci, tetapi keumumannya yang sempurna melengkapi segenap apa sahaja. Mau apa.. Semuanya ada. Teks-teksnya yang ringkas tetapi mengandungi 1001 macam pengajaran dan ilmu.

Itulah tanda Islam ini agama kebenaran. Kesesatan agama-agama lain terbukti dengan kegagalannya menghadapi cabaran zaman. Mereka terpaksa merubah isikandungan syariat agama mereka sehingga ke peringkat dasarnya.

Jadi, dengan ini ternafilah sebahagian dari orang yang berfikir bahawa Islam hendaklah di pinggirkan di masjid. Tertolaklah sistem yang tidak membenarkan Islam itu masuk ke kerusi-kerusi pemerintahan, kaunter-kaunter bank, ruang-ruang mahkamah, jalur-jalur penghubung dengan dunia luar dsbnya.

Mereka yang berpendapat bahawa Islam adalah begitu, adalah manusia yang diberi akal tetapi tidak digunakan. Hatinya telah tertutup manakala jiwanya penuh dengan kegelapan. Lebih gelap dari malam yang tidak berbintang.

------------------------------
Ulamak-ulamak Islam tidak pernah berhenti bekerja untuk menggali hukum dari al-Quran dan al-Sunnah. Mereka tidak pernahnya jemu untuk terus berijtihad terhadap masalah yang tidak terdapat di dalam kedua sumber di atas, berdasarkan ketetapan yang telah digariskan oleh keduanya.

Berikut ini adalah sebahagian dari hasil kajian mereka terhadap hukum alkohol:
************************
FATWA DARI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.
Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam
minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

· Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

REUNION RAYE....2011...

Posted by ustaz eds Saturday, October 8, 2011, under | 0 comments

Berkat kerja keras beberapa rakan seperti, bro Husni manap, Idham Khalil shuib, Lamin harun dan beberapa orang lagi telah membawa terpatrinya satu lagi perjumpaan reunion MMAS 1983-1990. Kali ini lebih merih dengan kehadiran lebih ramai sahabat, putera dan puteri serta bekas2 cikgu, ustaz dan ustazah yang telah menabur bakti mengajar kami dulu....bertempat di Hotel Regency, Alor Setar pada 2 September 2011 maka reuniond kali kedua ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya...walaupun dah lebih sebulan berlalu, baru sempat nak updatekan dalam bolg ni...hehehe...layan je lah...












 

blogger templates | Make Money Online