Begitu lama aku menghilangkan diri dari arena ini...bukan merajuk. Jauh sekali rasa kecewa, atau marahkan sesiapa...cuma masa yang amat mencemburui aku untuk mencoretkan bait-bait untuk dikongsi bersama teman-teman. Hinggakan ramai bekas pelajar-pelajar aku yang sering bertandang ke blog ni sering bertanya, mengapa dah lama ustaz tak up-date blog ni...cuma senyuman sahaja yang mampu aku lontarkan....sepanjang 4 bulan ini, sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupku....Yang paling meninggalkan impak dalam kehidupanku ialah apabila perginya insan yang menjadi pendorongku selama ini....Tanggal 16 Disember 2010...ya..tarikh itu akan terpatri kukuh dalam ingatanku apabila bonda kesayanganku pergi selama-lamanya menyahut panggilan Ilahi...
aku jadi terpana dek kehilangan ini...hilang semangatku seketika...dari hanya sakit kepala, seterusnya disahkan pakar, ada saluran urat dikepalanya yang tersumbat....hinggalah ke satu saat, ingatannya hilang....bondaku dah tidak ingatsesiapa lagi hatta kami anak-anaknya. Oleh kerana asyik terbaring, akhirnya bahagian belakangnya sudah luka dan makin parah...sehari sebelum kepergiannya....sempat aku dan adik beradik membawanya ke klinik untuk membuang daging-daging yang sudah mereput....masih terngiang-ngaing lagi suaranya....aduhhh sakittt, walaupun selama beliau sakit itu, tidak pernah beliau merungut atau merintih....Ya Allah...hancur luluh hati ini melihat penderitaan yang ditanggung bonda.....
keesokan harinya, aku melihat bonda makin nazak....apa lagi yang mampu aku lakukan selain mengajarnya kalimah syahadah dengan lelehan air mata ini...lebih kurang pukul 8 pagi maka Yang Maha Pencipta lebih menyayangi bondaku....perginya bersamanya penderitaan yang ditanggungnya selama ini....
Hingga ke saat ini, kadang-kadang mengalir air mata ini bila mengenangkan bonda....terutama apabila merenung dan melihat potretnya.....rasa terpacaya yang bonda ku sudah tiada...apa pun aku tetap sedar bahawa, setiap yang bernyawa itu pasti akan menemui ajalnya....Hanya bacaan ayat-ayat suci dan doa kudus yang aku mampu hadiahkan buat arwah Allayarham DAHARAH BINTI ABDUL LATIF (1937-16 DISEMBER 2010)...Moga rohmu ditempatkan bersama para solihin....al-fatihah ...Semoga semangat dan ketabahanmu menjadi azimat buatku menempuh liku duniawi ini...





Salam.
Moga ustz bersabar atas ujian ini. Al-Fatihah.