SELAMAT BERJUANG....

Posted by ustaz eds Monday, October 3, 2011, under | 0 comments

Hari ni, pelajar2 tingkatan 3 mula menduduki peperiksaan PMR 2011. Harapanku, moga bekas anak didikku di SMK Sentosa, Kampar Perak dapat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang dan yakin. walaupun setakat bulan jun lalu aku dapat mendidik mereka, namun doaku sentiasa bersama mereka....

hari ini, aku bersama pelajar SMK Agama Yan, berkumpul sebelum mereka berbaris masuk ke Dewan Luqman al Hakim. Seperti sekolah2 dulu jugak, aku diminta membaca doa memohon pengharapan dariNya agar calon-calon ini memperolehi keputusan terbaik.

Sebaik sahaja mereka mula menjawab, aku ditugaskan pula mengetuai bacaan Yasin di surau seterusnya solat sunat Dhuha dan Solat sunat hajat....ini sahaja yang termampu untuk membantu calon2 SMK Agama Yan ini....Semoga kerja keras mereka selama ini disamping doa ibu bapa dan guru-guru serta rakan-rakan mereka dapat memudahkan mereka menjawab peperiksaan itu dan InsyaAllah akan memperolehi keputusan yang hebat....

One Response to "SELAMAT BERJUANG...."

 

blogger templates | Make Money Online