ANTARA ORI DAN TIRUAN......

Posted by ustaz eds Friday, November 4, 2011, under | 2 comments

Benarlah firman Allah S W T dalam al-Quran yang bermaksud Demi sesungguhnya telah KAMI ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian. Setiap kali membawa bapa mertua Teman pergi ke pusat hemodialisis untuk mencuci buah pinggangnya, setiap itu juga terdetik di hati ini, betapa hebatnya ciptaan Allah penguasa alam ini.

Bayangkan, mesin dialisis yang Allah ciptakan tersangatlah hebatnya, kecil dan boleh dibawa kemana-mana sedangkan mesin dialisis ciptaan manusia pula bersifat statik, dan serabut dengan berbagai wayar...pendekata, kita pon tak reti nak memasangnya. Syukur sangat kepada Allah yang mengurniakan segalanya buat kita...

Buah pinggang dicipta Allah dalam tubuh manusia adalah contoh teknologi membran terunggul dan gabungan ilmu bioteknologi dan nanoteknologi yang mungkin selamanya tidak dapat dicipta manusia,

Dua buah pinggang dalam badan manusia yang berukuran 11 sentimeter dan berat lebih kurang 160 gram setiap satu, adalah contoh proses membran yang saban hari membantu manusia memisahkan yang kotor daripada yang bersih.

Kegagalan buah pinggang menjalankan fungsinya itu akan menyebabkan terkumpulnya bahan buangan dan bendalir berlebihan serta membahayakan.

Dua buah pinggang kita berfungsi mengumpul air kencing dan membuangnya melalui saluran kencing, mengawal keseimbangan asid-bes dalam darah, mengawal tekanan darah dengan menghasilkan hormon yang mengawal pengeluaran sel darah dalam sum-sum tulang dan mempengaruhi jumlah kalsium dalam darah dan pengeluaran vitamin D yang membantu mengekalkan kestabilan tulang

Unit utama dalam buah pinggang ialah nefron di mana melalui nefron inilah berlakunya penurasan darah yang membantu buah pinggang berfungsi.

Beliau menarik perhatian bahawa kegagalan buah pinggang telah membantu manusia mencari proses penurasan alternatif yang boleh membantu mereka yang kurang bernasib baik yang mengalami kegagalan itu.

Maka terhasillah proses hemodialisis iaitu darah dikitarkan keluar dari badan melalui unit membran yang mengeluarkan bahan buangan dan bendalir berlebihan.

Darah yang telah dicuci akan dikembalikan ke dalam badan dan keseluruhan proses dikawal oleh mesin dialisis yang dilengkapkan dengan pam darah dan sistem pemonitoran untuk memastikan ia selamat.

Membran dalam bentuk gentian geronggang adalah nadi kepada sistem pengawalan buah pinggang ini. Ia menjadi pengganti kepada buah pinggang yang telah rosak untuk mengekalkan keseimbangan dalam darah dan membuang toksin daripada merosakkan tubuh manusia

Betapa membran ciptaan manusia mempunyai banyak kelemahannya. Antara kelemahan yang jauh masih ketara dibandingkan dengan buah pinggang adalah jangka hayat membran hanya untuk dua-tiga kali pemakaian dan perlu dibuang.

Ini menjadikan kos dialisis agak mahal sehingga mencecah RM2,000-RM2,500 sebulan.

Kecekapan membran dibandingkan dengan buah pinggang masih rendah di mana setiap pesakit menjalani dialisis memerlukan tiga-empat jam sehari dan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Ternyata banyak yang perlu dipelajari mengenai pelbagai fenomena alam yang ilmu mengenainya hanya sedikit diperolehi manusia sebagaimana firman Allah swt dalam surat Al-Isra ayat ke-85 iaitu ‘Dan tidaklah kamu diberi ilmu pengetahuan kecuali sedikit
Marilah, sama-sama kita menjaga kurniaan Allah yang hebat ini dengan penuh rasa syukur. Bayangkan, berapa ramai yang telah kehilangan nikmat ini, hingga terpaksa menjalani hemodialisis untuk meneruskan kelangsungankan hayat mereka. Syukur ya ALLAh...

One Response to "ANTARA ORI DAN TIRUAN......"

  1. ahmad humairi Says:

    Memang tersangatlah diakui yang bahawa yang asli itu lebih baik daripada yang tiruan....contohnya - sekolah teman - sekolah orang asli, ori, bukan tiruan tawww...

  1. ustaz eds Says:

    hahahaha...itu Teman akui...memang asli...pure punya...hahaha

 

blogger templates | Make Money Online